13 February 2012

15 GAMBAR NOSTALGIA IMUDA


BIODATA:
Nama Penuh : A. Rahim Muda
Tarikh Lahir : 1961
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Kerjaya : Pelakon, Pelukis, Pelawak
Kemahiran : Berlakon, Komedi

Untuk info, tahun ini genap 30 tahun Imuda bergelar pelakon dalam pelbagai cabang lakonan membabitkan bidang teater, drama dan filem.

Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda mula berlakon pada 1982 melalui filem pertamanya berjudul Mekanik, arahan Othman Hafsham.

Klik untuk imej besar...




“Prinsip hidup saya ialah kita hidup di dunia ini jangan sombong. Kalau kita sentiasa bercampur gaul dengan masyarakat, rezeki akan mudah datang kepada kita. Saya contohnya, akan sentiasa memenuhi jemputan ke majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan artis.

“Malah, kalau ada persatuan seperti Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) jemput dalam majlis-majlis mereka, insya-Allah saya akan datang. Daripada situlah kita dapat ambil tahu perkembangan dalam bidang lakonan secara lebih dekat daripada golongan terbabit.

“Secara tidak langsung, kalau ada peluang berlakon maka daripada situlah penerbit atau pengarah yang ditemui menawarkan peluang berlakon kepada saya. Kehadiran artis pada majlis seperti itu juga merupakan suatu publisiti percuma untuk mereka,” katanya dipetik sebagai berkata.

“Saya tetap bersyukur walaupun hanya ditawarkan watak-watak pembantu sahaja. Ia secara tidak langsung membuktikan bakat saya masih diperlukan dalam bidang lakonan. Saya juga tidak terasa disisihkan kerana saya pernah melalui zaman kegemilangan saya sebagai pelakon pada tahun 1980-an.

“Sepanjang bergelar pelakon saya sempat diberi kepercayaan melakonkan lapan watak utama dalam filem seperti Mat Som dan Mat Gelap arahan Prof. Hatta Azad Khan pada penghujung tahun 1980-an,” tambahnya lagi.





























No comments: