13 February 2012

GAMBAR SANA SINI - FARHAN AF4 SELAMAT BERTUNANG


Akhirnya bekas peserta Akademi Fantasia (AF4) Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, selamat bertunang kira-kira pukul 3.30 petang di Cafe Flora, AmWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam dan bakal melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan.

"Buat masa ini, kedua-dua belah pihak keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan, tetapi belum memilih tarikh yang sesuai.

Saat jari Farhan disarungkan cincin tunang
Klik untuk imej besar...




"Majlis resepsi pula akan diadakan di dua tempat iaitu di rumah Rashdan di Kuantan dan Kuala Lumpur pula di pihak saya," ujar Farhan dipetik sebagai berkata.

Untuk info, majlis pertunangan itu hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pihak. Ibu kepada Rashdan, Faridah Hussin, telah menyarungkan cincin ke jari manis Farhan selepas kedua-dua belah keluarga mengadakan perbincangan.



Lima dulang hantaran yang terdiri daripada kek cawan, buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung telah di bawa oleh pihak lelaki. Sementara ia telah dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan seperti dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan Sirih Junjung.








Gambar tunang Farhan...




No comments: