07 December 2011

25 GAMBAR NOSTALGIA MAWI AF3


Tahukah anda yang Mawi AF3 baru-baru ini telah memenangi dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia (AF) yang diadakan pada Sabtu lalu di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur?

Dalam Majlis itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang berasal dari Felda Taib Andak, Johor telah berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangan duet Lagu Jiwa Lagu Cinta iaitu Datuk M.Nasir yang pernah menjadi pengetua Mawi sewaktu di AF3.




Untuk info, Konsert bertemakan malam anugerah itu diadili oleh bekas tenaga pengajar AF iaitu Fauziah Nawi, Adnan Abu Hassan, Adam Corrie Lee, Dr Azahari Othman, Fazley Yaakob dan pengacara Diari Ext AF, Zainal Alam Kadir.

Malah difahamkan, Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam bagi menyambut tahun baru 2012. Dan Konsert itu juga telah menghimpun dan menggabungkan hampir semua bekas pelajar AF 1 hingga AF9 bagi memberi anugerah terhadap pengorbanan mereka.

Jadi istimewa kali ini, myartis bawakan nostalgia Mawi yang pernah cipta sejarah hingga menggemparkan industri hiburan kita apabila demam 'Tsumawi' melanda negara. Meskipun Mawi agak kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, namun hakikat kecermerlangan 'Mawi World' sememangnya tidak dapat disangkal apabila lagu 'Saleha' menjadi siulan ramai.

Jom imbas..!

BIODATA:
Nama: Asmawi Ani
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1981
Tempat Lahir: Felda Taib Andak, Kulai Johor
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Ahli Silap Mata, Duta Produk, Usahawan menerusi Mawi World Sdn Bhd
Status: Berkahwin


Klik untuk imej besar...






















































No comments: