06 December 2011

KAD KAHWIN SYELLA KAMARUDDIN & DATO REDZUAN?


Akhirnya, nama suami Syella Kamaruddin kononnya terbongkar jua dengan penerimaan kad kahwin mereka melalui email. Tertulis di kad tersebut ialah 'Dato Mohd. Redzuan Bin Md Yusuf' sebagai pengantin lelaki manakala pengantin perempuannya Nurshid'la Binti Dato Ahmad Kamaruddin.

Ikhlasnya, meskipun myartis sudah tahu lebih awal nama suami Syella itu, namun kami tidak siarkannya kerana merasa ia masih belum sahih. Nah... sekarang apabila tersebarnya kad ini, maka myartis rasa sudah tiba masa ia diketengahkan agar terlerai teka-teki yang terbuku di hati.

Kad kahwin Syella? klik untuk imej besar...





Bagaimanapun, bila diamati semula... terlalu banyak kesilapan di kad ini seperti nama Syella berbinkan Dato (Dato bukan Dato') sedangkan sebelum ini dia mengaku datang dari keluarga susah. Sementara hari Ahad di tulis Sunday, tulisan yang hilang iaitu mendirikan istan kasih dan tidak disertakan alamat tempat perkahwinan berlangsung.

Mungkinkah kad tersebut telah di photoshop atau memang berlakunya kesilapan? Jika ya photoshop... siapakah yang melakukannya dan apakah tujuan pengubahsuaian itu? Jawapannya... Allahualam!

Kesilapan di kad kahwin - klik untuk imej besar..!




GAMBAR DATO MOHD. REDZUAN MD YUSUF??...
SILA KLIK DI SINI.....


No comments: