18 October 2011

SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - IBRAHIM PENDEK



PELAKON PERTAMA BERLAKON DI HOLLYWOOD

Allahyarham Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon Malaysia yang pertama mencipta sejarah berlakon di Hollywood. Filem lakonannya itu berjudul 'The Spiral Roads' di mana penggambarannya telah dilakukan di Universal International, Hollywood, Amerika.

The Spriral Road turut dibintangi oleh bintang filem terkenal seperti Rock Hudson, Gene Rowlans, Burl Ives dan beberapa pelakon lain. Sementara Ibrahim pula telah diberi watak sebagai pembantu kepada Burl Ives.

Ibrahim berangkat ke Amerika pada 18 Ogos 1961 dengan pesawat Panam dari lapangan Terbang Antarabangsa Singapura. Dalam jadual yang diatur, Ibrahim akan berada di Hollywood selama 54 hari dan hanya pulang pada hari Isnin 9 Oktober 1961 pukul 2.45 petang.

Ketika di Hollywood, Ibrahim telah dibayar sebanyak US$35 sehari dengan segala perbelanjaannya termasuk tambang pergi balik ditanggung oleh Universal. Usia Ibrahim ketika itu ialah 37 tahun dan dia merupakan pelakon tetap Shaw Malay Filem Production Ltd., Singapura.

Meskipun pihak Universal telah menawarkan Ibrahim untuk terus tinggal di sana, tetapi dia telah menolaknya. Ini kerana, Ibrahim lebih suka tinggal di negaranya sendiri disebabkan cintanya pada bangsa dan agama.

Seterusnya, setelah semua jadual dan aktiviti lakonan berjalan lancar, Ibrahim akhirnya selamat tiba ke Malaysia dan disambut oleh peminatnya secara besar-besaran. Selain menjadi pelakon pertama berlakon di Hollywood, Ibrahim juga menjadi kebanggaan peminatnya apabila menjadi pelakon Malaysia pertama berlakon dalam filem warna (technicolor).

Story copyright: myartis.com


No comments: