18 October 2011

2 PRODUKSI JEPUN LAMAR ZIZAN RAJA LAWAK


Kalau dah tuah badan... pastinya banyak rezeki datang bergolek!

Begitulah umpama yang dapat digambarkan mengenai Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, yang mendapat tawaran berganda daripada produksi Jepun.

Jika sebelum ini sebuah syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment mengambilnya berlakon, kini Zizan menerima pula tawaran berlakon untuk sebuah lagi produksi dari Jepun yang tertarik pada aksi lakonannya..

“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, kata Zizan filem Jepun pertamanya sebelum ini ialah mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, Yukari menjadikan Cikgu Rahman (lakonan Zizan) sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain yang kononnya mereka bercinta.

“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,” ,” tambah Zizan.

Aksi Zizan dan Yukari...

No comments: