03 September 2017

AISYAH AZIZ ENGGAN DIRINYA DIBABITKAN DENGAN MASALAH ABANG


"Setiap kali berlaku kontroversi membabitkan abang, pasti saya akan dicari untuk memberikan pendapat. Tetapi, kali ini saya memilih untuk berdiam diri kerana ia terlalu peribadi untuk diperkatakan.





"Tidak dinafikan, apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perjalanan kerjaya saya. Perkara ini pernah saya bincang dengan abang kerana tidak adil saya diheret sama.

"Saya percaya kepada rezeki dan bakat. Saya yakin diberikan tawaran atas bakat dan kemampuan sendiri, bukan kerana saya adik Aliff Aziz," kata penyanyi Aisyah Aziz, 23, yang sering menerima tempias setiap kali abangnya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dihimpit kontroversi.

Dalam pada itu, Aisyah berharap masyarakat bersikap lebih adil dan tidak menghukumnya hanya kerana dia adik kepada Aliff Aziz.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tanda Tanya' itu berkata, mereka ialah dua individu berbeza dan segala kontroversi yang menghimpit abangnya tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Klik untuk gambar besar


Kata Aisyah, dia bersyukur tidak lagi diajukan persoalan mengenai kontroversi yang melanda abangnya dan pelakon baharu, Afifah Nasir apabila mengambil pendirian untuk tidak membuka mulut ketika ia hangat diperkatakan.

Bagi Aisyah, dia tidak berhak bersuara kerana tidak mahu memperbesarkan isu yang terlalu peribadi untuk diperbesarkan.

"Berdiam diri adalah jalan terbaik dan saya tidak mahu membiarkan diri terpengaruh dengan kata hasutan yang hanya menjarakkan hubungan kami adik-beradik.

"Saya tidak mahu masuk campur kerana itu urusan rumah tangganya," ujarnya yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF2013).



Beralih perkembangan kerjaya nyanyiannya, Aisyah bersyukur selepas empat tahun mencari ruang, bakatnya semakin diterima.

Ia terbukti apabila Aisyah meraih sembilan pencalonan pada kemuncak Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung di MES Theatre, Mediacorp, Singapura pada 14 Oktober ini.

"Ia ialah penghargaan paling bermakna sepanjang kerjaya saya. Dulu, saya pernah hampir berputus asa apabila bakat tidak dipandang.

"Biarpun pencalonan diterima atas tiket saya sebagai penyanyi kelahiran Singapura, tetapi ia tetap bermakna. Jika bukan peminat di negara sendiri menyokong kerjaya seni saya, siapa lagi?" tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: