03 September 2017

SELAMAT BERTUNANG - AISYA HASNAA BAKAL NIKAH DISEMBER DEPAN


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, penyanyi dan pengacara, Aisya Hasnaa, 27, yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Yasir, 29, pada jam 3.30 petang semalam.





Mulai rapat sejak lima bulan lalu, namun tempoh singkat itu sudah cukup untuk meyakinkan adik kepada Chef Anis Nabilah memilih jejaka tersebut sebagai bakal pasangan hidup.

Pasangan yang melangsungkan pertunangan di kediaman keluarga Aisya di Subang Jaya itu merancang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini iaitu bulan Disember depan.

Majlis pertunangan mereka yang berlangsung di kediaman keluarga Aisya di Subang Jaya itu diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Klik untuk gambar besar


Bakal muncul dengan filem 'Kau Takdirku' pada 7 September ini, Aisya berkata, mereka saling mengenali sejak di bangku sekolah tetapi tidak pernah rapat.

"Dulu, dia agak pendiam manakala saya pula terkenal dengan perangai gila-gila. Melihat saya masih sendiri, kakak dan kawan baik cuba menemukan kami berdua.

"Kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan tidak sangka, kami mudah serasi. Apabila mengenalinya, saya dapati dia seorang yang kelakar.



Mungkin kerana perwatakan kami hampir sama, jadi tidak sukar untuk kami menyesuaikan diri. Sejak awal perkenalan lagi dia sudah menunjukkan sisi sebenarnya.

"Apabila semakin selesa dan yakin dia pilihan terbaik untuk membahagiakan saya, kami sepakat bertunang," katanya mengenai jejaka yang bertugas sebagai pakar analisis di sebuah bank.

Aisya berkata, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini iaitu bulan Disember depan tetapi masih belum menetapkan tarikh.

"Saya berharap perancangan kami untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan. Setakat ini, keluarga masih belum berbincang mengenai tarikh tetapi insya-Allah, akan dilangsungkan pada Disember ini," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: