02 September 2017

TAMPIL 'IMEJ SEKSI & AGRESIF' - SHERRIE ALJUNIED TAK KISAH DIKRITIK


Meskipun kini berusia 58 tahun, penyanyi kelahiran Singapura, Sherrie AlJunied yang tampil dengan single 'Sorang Wanita' memberitahu bahawa usia tersebut tidak menjadi halangan untuk dia beraksi lincah di atas pentas.





Dalam masa sama, Sherrie atau nama sebenarnya Sharifah Nor Syed Mohd Aljunied mengakui sedia dikritik oleh peminat apabila tampil dengan imej yang seksi dan agresif dalam melakukan persembahan.

"Saya tak kisah jika ada yang mengkritik pemakaian saya kerana itu adalah pandangan masing-masing.

"Setiap orang berhak menyuarakan pendapat mereka dan itu merupakan lumrah yang perlu diterima oleh selebriti.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang saya ingin tunjukkan kepada orang ramai adalah usia bukan menjadi penghalang untuk beraksi agresif di atas pentas.

"Saya kembali dalam industri ini bukan untuk meraih populariti sebaliknya ingin menghiburkan orang ramai yang rindukan kemunculan saya semula.

"Populariti ada bonus kepada semua artis kerana bagi saya apa yang penting adalah keikhlasan dalam berkarya.



Bercerita mengenai single 'Sorang Wanita', Sherrie berkata, lagu yang dibawanya adalah untuk memberi semangat kepada semua wanita supaya tabah menempuhi dugaan dalam hidup.

"Lagu ini menceritakan tentang pengalaman yang dihadapi oleh saya dan ia juga memberi mesej yang baik dalam menaikkan semangat untuk terus berjuang," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: