"Saya sedang menunggu kepulangan Lisa daripada Tanah Suci. Alhamdulillah dah selesai semua urusan ibadah haji. Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim, 53, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, hari ini.
Dalam perkongsian itu, Yusry meluahkan rasa syukur isteri tercintanya, pelakon Datin Hajah Lisa Surihani, 40, telah pun selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas sebulan lebih berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.
Klik untuk gambar besar
Menurut Yusry, sepanjang ketiadaan isterinya itu, rumah didiami mereka bersama anak-anak berasa seakan-akan kosong dan sunyi.Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai yang tersentuh melihat kasih sayang serta keakraban pasangan berkenaan selepas lebih sedekad melayari alam rumah tangga.
Malah, suasana penuh em0si jelas terpancar ketika Yusry bersama anak-anak menyambut ketibaan Lisa di lapangan terbang. Sebaik sahaja Lisa melangkah keluar dari balai ketibaan bersama jemaah lain, wajah ceria Yusry dan anak-anak berubah menjadi sebak.
Anak-anak dilihat berlari mendapatkan ibu mereka sebelum memeluk erat sebagai tanda kerinduan yang sudah lama terpendam.
Pada 7 Mei lalu, Lisa berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini. Bagaimanapun, suami Lisa, Yusry gagal membuat rayuan dan tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama.
Lisa bagaimanapun menganggap ada hikmah di sebalik kegagalan rayuan suaminya itu kerana kehadiran Yusry lebih diperlukan bagi memastikan urusan keluarga serta anak-anak berada dalam keadaan baik.
Untuk makluman, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 11, Yusof Leonne, 9, dan Yunos Laith, 5 tahun. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

































No comments:
Post a Comment