"Sumber pendapatan dan rezeki mesti ada. Dahulu ada tawaran kerja tapi sekarang apa yang orang bagi itulah sumber rezeki saya.
"Saya hidup dalam keadaan ala kadar sahaja. Kita nak harapkan bantuan, biar Allah yang bantulah. Duit simpanan semua dah habis tapi masih boleh bertahan lagi.
"Sekarang dah masuk tujuh tahun saya tak bekerja tapi Alhamdulillah setakat ini tak pernah terputus bekalan beras, ada orang bagi."
Itulah jelas penghibur versatil, Salih Yaacob, 65, di mana akuinya, dia kini meneruskan kehidupan secara sederhana tanpa sumber rezeki tetap selepas tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan.
Kini berg£lut dengan peny@kit dar@h tinggi, Salih atau nama penuhnya, Mohammad Salih Yaacob, bagaimanapun tetap bersyukur dengan apa ada, selain hanya menyerahkan hidupnya kepada ketentuan Yang Maha Esa.
Dalam pada itu, bekas penyampai radio Sinar FM ini turut mengulas sama ada pernah melalui kesukaran untuk hidup itu menjelaskan, dia tidak pernah berhadapan dengan kes£mpitan hidup, malah bersyukur keperluan asas sentiasa mencukupi.
"Tak ada s£sak, saya dari dahulu tidak pernah rasa begitu. Lagi pun saya tak nak menyusahkan isteri-isteri saya. Ikut apa benda yang ada sudah," ujarnya pada program ziarah seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Hari ini, Salih menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di kediamannya, dimana beliau menyampaikan bantuan berupa bakul makanan dan wang tunai, selain memberi sokongan kepadanya yang kini kurang sihat.
Hadir sama Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Teo Nie Ching memaklumkan, inisiatif tersebut diambil selepas pihaknya mengetahui keadaan terkini Salih termasuk mas@lah kesihatan fizikal yang membat@skan pergerakannya."Kita berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit semangat kepada dia untuk terus kekal p0sitif dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.
"Apabila kita mengetahui keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan, termasuk masalah tekanan darah tinggi, penglihatan yang semakin lemah dan pergerakan yang agak terbat@s, Finas mengambil inisiatif untuk menziarahinya," kata Teo Nie Ching.
Program Ziarah Seni MADANI diperkenalkan sejak 2023 sebagai usaha berterusan FINAS dalam memastikan kebajikan penggiat seni veteran terus terbela.
Katanya, setakat 10 Jun tahun ini, seramai 36 penerima sudah menerima bantuan dan sas@ran mereka adalah untuk membantu sekurang-kurangnya 100 penerima sepanjang tahun ini.
"Secara keseluruhan, sejak 2023 hingga kini, seramai 216 penggiat seni menerima bantuan dengan jumlah sumbangan yang disalurkan mencecah RM164,000," maklumnya.
Sebelum ini, Salih dilaporkan menerima rawatan di Hospital Ampang, akib@t peny@kit dar@h tinggi yang dihadapi secara tiba-tiba.
Sepanjang hidup, Salih yang pernah berkahwin empat dan kini masih memiliki tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 61, Norfara Wahida Sulaiman, 47, dan Samihah Sheikh Amy, 40.
Jodoh Salih bersama isteri keduanya iaitu Norraha Hamat, 57, tidak panjang apabila mereka disahkan bercerai pada 2016.
Hasil perkongsian hidup dengan empat isteri sebelum ini, Salih dikurniakan 12 cahaya mata dan sekarang dia juga sudah memiliki 18 orang cucu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment