"Hari ini (semalam) aku diuji dengan 24 luxury bag dirompak di kedai aku, Tamarind Square, Cyberjaya, 6 pagi tadi. Hancur lebur hati wife. "Susp£k tiga orang. Dua laki, seorang perempuan. Bangsa India. Sedang mendapatkan maklumat mereka sekarang."
Demikian jelas penyanyi Ariff Bahran, di mana dia berkongsikan detik c£mas kedai beg tangan mewah miliknya yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, dip£cah masuk awal pagi tadi.
Ariff menerusi perkongsian di laman Thr£ads, turut memuat naik video rakaman litar tertutup kejadian itu dipercayai melibatkan tiga individu.
Ariff dalam masa sama meminta bantuan orang ramai atau mereka yang pakar CCTV bagi mendapatkan imej lebih jelas susp£k yang terlibat.
"Ada sesiapa pakar cctv? Kedai saya baru dir0mpak. Saya nak tengok footage yang lagi jelas muka perompak. Cuma cctv tak clear sangat. Please help me out," katanya.
Berhubung kejadian tersebut, Ariff telah mengalami kerug1an sebanyak RM92,970, selain turut berkongsi, dia hanya menyedarinya selepas dimaklumkan oleh kakitangannya pada pagi kejadian.
"Kedai saya dip£cah masuk dan sebanyak 25 beg tangan bernilai RM92,970 dilarikan ketika tiada sesiapa berada di dalam pr£mis.
"Saya hanya tahu selepas staf menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian itu. Sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebenarnya ada mengeluarkan amaran, namun ketika itu kami menyangka ia perkara biasa.
"Selepas dimaklumkan, kami terus datang ke lokasi dan melihat sendiri keadaan kedai. Setakat ini, tiga susp£k dipercayai terbabit, iaitu dua lelaki dan seorang wanita," maklumnya.
Disamping itu, Ariff menafikan kemungkinan wujud unsur sab0taj dan menyifatkan kejadian berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda mencurigakan sebelum ini.
"Saya tidak rasa insid£n ini mempunyai unsur khianat atau dengki kerana bagi saya, ia dilakukan orang luar. Saya juga tidak mengesyaki orang terdekat.
"Cuma saya percaya mereka mungkin sudah lama memerhatikan kedai saya. Saya dan staf tidak perasan sebarang perkara pelik atau mencurigakan sebelum kejadian. Semuanya berlaku secara mengejut," tuturnya.
Kongsi Ariff lagi, berdasarkan maklumat diterima daripada pihak polis, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.
"Menurut polis, bagi bulan ini sahaja sudah ada tiga k£s p£cah masuk atau r0mpakan dilaporkan dan k£s saya adalah yang ketiga.
"Susp£k dipercayai memasuki pr£mis melalui bahagian belakang kedai menerusi ruang tandas. Laluan itu agak sempit, jadi kemungkinan mereka berbadan kecil atau kurus untuk membolehkan masuk ke dalam pr£mis.
"Mereka kemudian melarikan beberapa beg tangan berjenama mewah milik saya," kata Ariff yang turut memaklumkan, laporan polis sudah dibuat pada pagi semalam sejurus mengetahui kejadian berkenaan.
"Laporan polis dibuat membabitkan kehilangan 25 beg tangan mewah dengan jumlah kerug1an dianggarkan RM92,970.
"Pihak detektif dan pegawai penyiasat (IO) juga sudah datang ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Ariff memilih menerima dugaan itu dengan hati terbuka, meskipun masih berdepan satu lagi k£s kerug1an bernilai RM425,000 yang sehingga kini belum menemui penyelesaian.
"K£s saya sebelum ini membabitkan kerug1an RM425,000 pun masih belum selesai sehingga sekarang.
"Jadi apabila berdepan kejadian seperti ini sekali lagi, saya memilih untuk menerimanya sebagai satu ujian hidup.
"Perkara seperti ini sememangnya di luar jangkaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memperketat aspek keselamatan dan sentiasa lebih berwaspada terhadap keadaan sekeliling," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment