"Orang nampak aku dapat GTR (hadiah kereta). Tapi apa yang orang tak nampak, aku sebenarnya dah dapat hadiah paling besar sejak 13 tahun lalu. Nama dia, Awin Nurin.
"Sebab kereta boleh dibeli. Tapi 13 tahun kesetiaan, 13 tahun bertahan, 13 tahun menyokong ketika aku j@tuh & bangun, Itu bukan semua orang mampu bagi!"
Itulah ujar pelakon dan penyanyi Izzue Islam, di mana katanya, hadiah paling berharga dalam hidupnya bukan kereta GT-R R35 tetapi isterinya yang sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang.
Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, Izzue telah menerima kejutan istimewa daripada isterinya, Awin Nurin apabila menghadiahkannya sebuah kereta GT-R R35 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.Selain itu, Izzue dan Awin juga turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada tarikh yang sama iaitu 2 Jun. Dalam pada itu, Izzue berkata, isterinya sentiasa menerangi hidupnya, meskipun mereka belum dikurniakan zuriat.
"Kita mungkin belum dikurniakan cahaya mata, tapi Allah bagi aku seorang isteri yang tak pernah berhenti jadi cahaya dalam hidup aku," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment