11 January 2017

ATIKAH SUHAIME TUTUP KISAH FOTO BOGEL DENGAN BERIMEJ BARU



Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime memberitahu bahawa dia optimis untuk melupakan semua kisah silam dan bersedia melakar sejarah baharu.

Ini kerana pada tahun lalu, namanya cukup hangat diperkatakan pada tahun lalu apabila dia didakwa sebagai wanita dalam gambar bogel yang tersebar bersama seorang pelakon lelaki.

Tahun ini, Atikah hadir dengan penampilan baharu, berimej rambut pendek paras bahu dan tampil lebih langsing berbanding sebelum ini.

Klik untuk gambar besar




Kata Atikah, menggubah imej adalah cara terbaik untuk melupakan kisah silam dan muncul sebagai Atikah Suhaime yang baharu pada tahun ini.

"Saya bukan hendak buang bala, jika berkata demikian orang akan kecam pula. Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.

"Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu," katanya.



Mengakui namanya cukup panas dengan kontroversi pada tahun lalu, Atikah bagaimanapun enggan mengambil pusing kata orang sekeliling, sebaliknya terus mara ke depan untuk membina profil cemerlang sebagai anak seni.

"Pada tahun ini, saya hanya ingin fokus dalam kerjaya dan enggan terlalu fikir apa yang diperkatakan orang. Apa yang lepas biarlah ia berlalu dan saya hanya ingin memandang ke hadapan. Jika boleh saya akan mengelak untuk menjawab soalan berbaur kontroversi, cara itu lebih baik," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Perkembangan lain, Atikah sedang menjalani penggambaran drama Seharum Mawar terbitan syarikat produksi JS Pictures. Dia juga akan terbang ke Indonesia kerana terlibat dengan pembikinan filem 'My Stupid Boss 2'.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...