29 July 2011

NORMAN & MEMEY BEBAS KHALWAT...

Norman Hakim dan bakal isterinya Memey Suhaiza akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat. Kes tersebut yang hangat diperkatakan sejak tiga tahun lalu hingga menjadi punca penceraian antara Norman dan Abby Abadi bagaikan hadiah perkahwinan untuk Norman dan Memey.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim kerana berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dikenakan. Mereka didakwa berkhalwat di sebuah pejabat di Taman Keramat AU, pada 2008.

Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi hari ini (Jumaat), menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan.

"Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan perasaan syukur kepada Allah," ujar Norman dan Memey ketika menjawap soalan media mengenai perasaan mereka berdua.

Mereka baru-baru ini dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan september di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur dengan kos dan tajaan bernilai RM12 juta. Jika benar, ini menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'wedding of the year' dan perkahwinan paling mahal selepas Siti Nurhaliza.


Imbas kembali kes yang hangat diperkatakan...


Norman dan Memey lega selepas dibebaskan...



.

No comments: