"Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing dan pada yang tak tahu, ini bukanlah benda baru atau first time Didi buat.
"Mungkin pengikut Didi yang dah lama follow, mesti pernah nampak juga Didi buat macam ni. Ada juga Didi post tapi mungkin dulu kurang dapat perhatian, sebab tu tak dipersoalkan.
"Apa pun, sorry ya kalau ada pihak yang tak selesa dan kurang senang. Untuk pengetahuan korang kita dah book tempat tu tertutup (private room) dan ada team member yang terpost tanpa tanya and dorang pun dah say sorry."
Demikian kata pelakon Didi Astillah, 30, di mana dia tampil menjelaskan mengenai video 'pr@nk' (gurauan) yang dibuat sempena hari lahir ibunya yang menjadi bualan netizen.
Klik untuk gambar besar
Didi menerusi satu hantaran di media sosial, tampil memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan pr@nk' berkenaan, selain menghormati setiap pandangan netizen.Maklum Didi lagi, rakaman itu hanyalah untuk tontonan ahli keluarga dan rakan terdekat, namun secara tidak sengaja dikongsikan di media sosial.
Dalam pada itu, Didi juga memberitahu, bakal abang iparnya iaitu Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq okay sahaja serta meminta orang ramai tidak memanjangkan isu tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
"So guys, marilah kita move on. Dan jalani kehidupan kita. Jangan lah kaitkan family. Setiap family berbeza caranya. Abang saddiq okay je. Kan abang tenang ya guys," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment