12 June 2026

MERRAH DICADANG PEMINAT SERTAI WINGS - AWIE AKUI TAK TERFIKIR KE ARAH ITU : "BELAJAR ELOK-ELOK & JADI ORANG YANG BERGUNA TETAPI JANGAN IKUT LANGKAH MACAM SAYA..."



"Tiada pula terfikir ke arah itu nak masukkan (Merrah) dalam Wings sebab yang saya fikirkan sekarang ini kehidupan Merrah terlebih dahulu. 

"Belajar elok-elok dan jadi orang yang berguna tetapi jangan ikut langkah macam saya sebab proses yang dilalui sangat susah jadi artis.

"Sekarang zaman moden jadi jangan artis sebarangan, kalau macam untuk menyertai wings tu belum lagi kerana Merrah ada hidup dia sendiri."

Klik untuk gambar besar

Itulah ulas penyanyi Awie, 58, di mana dia belum terfikir untuk mengambil anak lelakinya iaitu Putra Ahmad Merrah menyertai kumpulan Wings, meskipun menerima banyak permintaan daripada peminat.

Kata Awie, meskipun mempunyai gaya persembahan dan suara yang sama, namun itu bukanlah tiket mudah buatnya anaknya menyertai kumpulan berkenaan.

Ini kerana bagi Awie, dia mahu Merrah mengikuti proses sebenar bergelar anak seni, namun tidak menggalakkan mengikuti jejak langkahnya. 

________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: