11 July 2026

BELUM SEDIA KAHWIN - ANNA JOBLING SAHKAN DIRINYA JALIN HUBUNGAN CINTA DENGAN SELEBRITI INDONESIA, KAREL SUSANTEO



"Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami (Anna Jobling dan Karel Susanteo bercinta). Saya tiada apa-apa lagi hendak diperkatakan, cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. 
"Buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya kerana masa tidur pun tidak cukup. Jadi, tidak perlulah terburu-buru."

Demikian jelas pelakon Anna Jobling, 26, di mana dia mengesahkan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, bagaimanapun belum bersedia untuk membawa ikatan tersebut ke fasa perkahwinan dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar

Maklum Anna lagi, komitmen kerja yang terlamp@u padat membuatkan dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Anna turut menyifatkan Karel memiliki personaliti yang menarik dan ia menjadi faktor utama pintu hatinya terbuka untuk menerima kehadiran jejaka dari seberang itu.

"Apa yang membuatkan saya tertarik? Personaliti dia. Itu sahaja," tuturnya ringkas. 
Sebelum ini, sp£kulasi percintaan mereka mula menjadi bualan netizen selepas beberapa hantaran yang dibuat Karel menunjukkan hubungan mesra antara mereka berdua.

Malah, baru-baru ini Anna juga dilihat sanggup terbang ke Jakarta demi memberikan sokongan buat Karel yang menyertai pertandingan kecergasan Hyrox Jakarta.

Disamping itu, Anna turut berkongsi mengenai perkembangan seninya, di mana bakal muncul menerusi watak Zara Andrea dalam

Selain Anna, drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Jazmy Juma, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: