"Sebenarnya tidak ada penjelasan yang harus diberikan kepada sesiapa pun. Apa-apa pun saya berterima kasih di atas orang yang mengambil tahu dan mengambil berat tentang Fasha, terima kasih banyak-banyak.
"Tapi kepada yang sering dan tak putus-putus bertanya tentang isu tersebut (tampil tidak bertudung dalam drama terbaharu), Fasha tidak ada jawapan dan masih lagi berpegang kepada tiada komen walaupun agak bosan dengan jawapan yang diberikan itu.
Itulah kata pelakon Fasha Sandha, di mana dia sama sekali tidak berasa r1mas dengan perhatian atau usikan warga maya kerana menurutnya, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan ment@l sejak awal pembabitan sebagai anak seni.
Malah, dalam isu terbaharu, Fasha tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan respons apabila ada pihak mengec@mnya tampil tidak bertudung dalam drama terbaharu, 'Kasih Yang Terk0rban'.
Klik untuk gambar besar
Fasha nampaknya terus bertahan dalam industri hiburan tanah air khususnya apabila menghadapi kec@man netizen apabila menjadi kekuatan ment@l sebagai paksi utama.Bagaimanapun, Fasha berkata, dia memilih untuk melihat setiap krit1kan atau respons masyarakat daripada sudut yang p0sitif.
"Saya okey sahaja. Saya yang memilih untuk berada dalam industri ini. Jadi, ment@l saya sudah kuat untuk menerima segala kec@man mahupun teguran para netizen.
"Pada saya, mereka sebenarnya mengambil berat. Saya ambil pendekatan itu dalam aspek yang p0sitif. "Untuk berada dalam industri ini, anda kena ada ment@l yang kuat dan sudah bersedia dengan macam-macam kec@man," tuturnya.
Dalam pada itu, Fasha turut mengulas mengenai pendapat yang juga pelakon, Aidil Aziz, di mana dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami tuntutan kerjayanya dan tidak mudah melatah.
"Aidil? Aidil sangat menyokong. Kami berdua memang akan sentiasa menyokong kerjaya seni masing-masing. Kami tak fikir sangat pun pasal apa yang orang nak kec@m dan sebagainya.
"Jadi saya anggap saya hanya buat kerja saya, buat yang terbaik dan saya harap karya yang saya persembahkan ini dapat memberikan mesej kepada penonton. Itu yang paling penting," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment