02 September 2017

KEMBALI BERTUDUNG: "DOAKAN SAYA TERUS ISTIQAMAH" - ZILA SEERON


Alhamdulillah... penyanyi Zila Seeron, 29, kini memutuskan untuk kembali mengenakan tudung selepas mempertimbangkan sebaik-baiknya khususnya untuk kebaikan diri dan mendapatkan keberkatan dalam hidup.





Sehubungan itu, Zila yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) telah memadam gambar-gambar dirinya yang tidak bertudung di laman Instagramnya.

Akui Zila atau nama penuhnya Nur Azilah Seeron, sebagai manusia, dia bukanlah sempurna tetapi akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

"Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.

"Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.

Klik untuk gambar besar


"Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah," katanya.

Sewaktu masih menjadi isteri kepada pelawak yang juga pelakon komedi, Along Cham, Zila tampil bertudung namun selepas bercerai pada 29 Ogos 2016, dia dilihat tidak menutup aurat.

Biarpun soalan yang ditanya agak sensitif, sebagai artis yang sering menjadi perhatian ramai, Zila cuba menjawab soalan tersebut dengan hati terbuka.

"Memang tidak dinafikan sebelum ini saya tidak bertudung (selepas bercerai) tapi setelah difikirkan demi kebaikan diri, dengan itu saya memutuskan untuk berhijab kembali.



"Insya-Allah saya akan berhijab sampai bila-bila. Amin. Tolong doakan kebaikan untuk saya.

"Saya tahu ramai yang masih bercerita tentang saya apabila lihat kemunculan saya dengan Sevenation tempoh hari. Tapi sebagai manusia saya kena terima perkara yang berlaku.

"Memang agar sukar untuk saya melalui situasi apabila bersangkutan dengan orang ramai namun saya perlu tabah dan mengakui kesilapan sebelum ini.

"Bagi saya, tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya reda dan bertawakal setiap masa," tuturnya.



Sementara itu, Zila juga yakin anak tunggalnya, Ahmad Danial, 6, yang diberi hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas suami ini akan dijaga dengan baik oleh keluarga Along Cham.

Selesa menjalani kehidupan solo, dia juga belum terlintas untuk kembali berumah tangga. Fokus utamanya kini membina kerjaya nyanyian semula.

Terdahulu, Zila telah mengejutkan umum apabila dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atas dakwaan berkhalwat tahun lalu ketika masih memegang status isteri Along Cham.

Dalam masa sama, Zila juga menjadi cemuhan ramai apabila membuka tudung manakala rambutnya diwarnakan perang.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: