02 September 2017

MENINGGAL ATAS SEJADAH - AYAH NING BAIZURA SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada Ning Baizura sekeluarga atas pemergian ayah, Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed, 86, yang meninggal dunia di rumahnya di Shah Alam, petang kelmarin, akibat sakit tua.





Ning berkata, ayahnya yang ketika itu berpuasa menghembuskan nafas terakhir ketika duduk di atas sejadah, kira-kira jam 2.40 petang.

"Ayah meninggal dunia selepas waktu Zohor dan ketika sedang berpuasa. Adik-beradik saya melihat ayah menghembuskan nafas terakhir di atas sejadah dengan wajah tenang.

"Saya hanya sempat melihat arwah ketika dimandikan untuk solat jenazah dan mencium dahinya buat kali terakhir.

"Ustaz ada beritahu ayah insan terpilih kerana meninggal dunia dalam keadaan masih utuh menunaikan solat lima waktu dan kami reda dengan pemergiannya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Jenazah Allahyarham Sheikh Hamzah dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan di Shah Alam, petang kelmarin.

Ning berkata, pemergian ayahnya tidak diduga kerana arwah sebenarnya sihat dan kehilangan arwah meninggalkan impak besar dalam hidupnya.

"Pilihan saya adalah tabah. Apatah lagi ayah pergi sehari sebelum Aidiladha yang disambut umat Islam hari ini (1 September 2017)," tuturnya..

Allahyarham Sheikh Hamzah meninggalkan balu, Satilah Abdullah dan sembilan anak.

Al-Fatihah


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: