21 September 2016

"SAYA MASIH KRISTIAN KATOLIK" - HANS ISAAC



Baru sahaja hari ini gosip tersebar mendakwa pelakon Hans Isaac, 45, telah memeluk agama Islam, terkini Hans sendiri menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam.

"Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).





"Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Tambah Hans, sebarang hal mengenai dirinya haruslah melalui kenyataan daripada mulutnya sendiri atau dikeluarkan dalam media sosial rasminya.

Untuk info, Dalam laporan sebuah portal hiburan Astro, Hans didakwa sudah memeluk agama Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini.



         ________________________





No comments: