21 September 2016

KINI IG NABIL PULA JADI MANGSA GODAM



Sejak kebelakangan ini, beberapa artis dan selebriti tempatan telah menjadi mangsa penggodam termasuklah baru-baru ini pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam, petang semalam.

Kata Nabil, keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.





"Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami.

"Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.

"Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua," jelas Nabil.



Sementara itu, Nabil turut memaklumkan penggunaan akaun Instagram baharu yang dikongsi bersama isterinya lebih memudahkan tugasan memandangkan Zira yang lebih arif menguruskan media sosial terbabit.

"Saya rasa lebih senang berkongsi saja akaun peribadi ini bersama Zira kerana dia lebih bijak menguruskannya termasuk yang berkaitan hal promosi. Saya hanya sesekali muat turun status malah jika dilihat semula saya agak jarang berkongsi gambar.

"Setakat ini, peminat serta pengikut laman sosial saya juga lebih tertarik untuk melihat keletah anak-anak kami yang sedang membesar. Jadi lebih mudah kami terus berkongsi akaun saja," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Zira pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 4, dan Leyla Medyna, 2.


AKAUN INSTAGRAM LAMA YANG KENA GODAM


___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________



AKAUN INSTAGRAM BARU



GAMBAR LAIN:
Klik untuk szie besar







Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: