21 September 2016

FOTO BOGEL - ATIKAH SUHAIME NAFI ITU DIRINYA



Itu bukan saya!

Demikian kata pelakon Atikah Suhaime, 25, apabila ditanya mengenai penyebaran foto bogel dua orang pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto tersebut adalah dirinya.

Malah, aktres berusia 25 tahun itu turut mengakui tidak melihat langsung gambar berkenaan, yang turut dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki semakin meningkat naik, Idris Khan.





"Saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat. Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja," ujarnya ketika ditemui media pada majlis previu filem Volkswagen Kuning semalam.

Pelakon yang popular dengan filem Highland Tower ketika ditemui, kelihatan tenang sepanjang diajukan soalan daripada media berhubung perkara berkenaan yang tersebar di Internet sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Selain itu, Atikah berkata, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

SALAH SATU FOTO YANG DIKATAKAN MENYERUPAI ATIKAH SUHAIME & IDRIS KHAN


"Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya," katanya.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah yang berasal dari Singapura turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





Sumber: mStar


         ________________________





No comments: