26 October 2011
AKHIRNYA ZUL TINGGALKAN ABBY ABADI
Bagai sudah dijangka apabila Abby Abadi dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu, pasti ia ada kaitan dengan 'cinta'! Malah penutupan Facebooknya juga seolah-olah memperlihatkan Abby sedang 'berduka' meskipun ada pihak yang mendakwa FB tersebut telah di hack oleh pihak tertentu.
Nah sekarang bukan terang lagi bersuluh... tetapi memang sudah nyata apabila Abby sendiri mengakui bahawa cintanya dengan Zulkifli Ariffin (Zul) telah berakhir. Bagaimanapun, Abby tidak menjelaskan punca perpisahan tersebut dengan alasan mahu menyimpannya sebagai rahsia.
Persoalannya sekarang, mungkinkah Zul sudah tidak memerlukan Abby lagi apabila dia sudah berada dipuncak jaya? Atau mungkinkah Zul ibarat 'kacang lupakan kulit' atau Abby yang terlalu mendesak untuk Zul mencurahkan cintanya?
Untuk lebih jelas... ayuh kita baca serba sedikit pengakuan Abby itu yang dicatitnya sendiri di laman blognya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita fahami mengapa perpisahan tersebut harus terjadi..!!
Gambar kandid Abby dan Zul bersenam bersama...
"Sehingga ke saat Saya menaip untuk entri ini, Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat! huhu... Tapi keadaan, masa, orang-orang tertentu, yang bweekk (:P) semualah.... nampaknya tak menyebelahi kami. Berat sangat Saya nak share kan hal ni sebenarnya, .... tapi, takpelah..... Biar Zul happy dengan kehidupan dia sekarang. Sebab apa kami tak buleh lagi berdua, biar Saya simpan jer. Yang pasti, Saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada :) Mungkin dia tak sedar yang Saya ni selalu ada di sebelah dia selama ni."
"Saya... mmmm, di duga lagi...... Sedih memang tak tergambar dengan kata-kata, tapi Saya redha dengan ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Saya, yang Saya lakukan tanpa sedar sebelum ni, dan sekarang inilah balasan Tuhan pada Saya. Saya terharu sebenarnya dengan doa dari semua yang mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tapi apakan daya... Saya pun mengharap 'sesuatu yang terbaik' sebenarnya... tapi INILAH TAKDIR SAYA."
"Saya sedih.... sangat sedih untuk terima 'kehilangan' ini... tapi Saya takde kuasa untuk ubah keadaan. Saya cuma nak orang yang Saya sayang bahagia dengan apa yang dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Saya."
"SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25"
Untuk luahan sepenuhnya... anda boleh layari blog Abby ini:
http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com/2011/10/zulkifli-ariffin-25-oktober-2011.html?zx=8acd79491535879e
Tinggal kenangan - klik untuk imej besar...
No comments:
Post a Comment