15 May 2026

SUDAH TIDAK BERAPA KUAT - SALIH YAACOB REDA, SERAH SELURUH KETENTUAN HIDUP KEPADA ALLAH : "SAYA INGAT M4TI SAJALAH, TIADA PERKARA LAIN..."



"Abang saya (Salih Yaacob) mengadu katanya jalan sudah tidak berapa kuat. Dekat-dekat sahaja. 

Semoga Allah aturkan yang baik-baik buat Abang Salih Yaacob. Rezeki, jodoh dan umur itu rahsia Allah. Entah bila, siapa dan bagaimana."

Demikian kata pelawak Ajak Shiro, 40, ketika melawat Salih Yaacob, 64, di kediamannya baru-baru ini, di mana dia berkongsi momen sayu dan keaadan terkini pelakon, pelawak dan juga bekas penyampai radio itu.

Klik untuk gambar besar

Tutur Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, Salih kini tidak lagi sekuat dahulu, terutamanya untuk pergerakan jarak jauh.

Sementara itu, Salih dalam hantaran yang sama, reda dan menyerahkan seluruh ketentuan hidupnya kepada pencipta selepas keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

"Sebab itu tiada guna kita bergantung kepada makhluk. Saya ikut mana yang Allah SWT tentukan. Jadi, saya ingat m@ti sajalah. Tiada perkara lain, apa lagi yang nak difikirkan?" katanya dalam video tersebut. 
Meninjau ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen yang berasa terharu turut mendoakan agar Salih Yaacob dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

"Semoga Abang Salih Yaacob segera sembuh dan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik."

"Rindu Abang Salih jadi DJ dulu. Dengan lawak-lawak dia semua. Semoga sihat-sihat hendaknya," antara komen-komen yang ditulis netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: