05 May 2026

ARWAH JALIL HAMID LUAH KEINGINAN MILIKI RUMAH BAHARU - ANAK SIFATKAN IA SEOLAH-OLAH PETANDA BAPANYA AKAN PERGI : "BILA TERINGAT, MUNGKIN INI RUMAH YANG DIMAKSUDKAN"



"Kami makan malam bersama di rumah semalam dan semasa bersembang, ayah beritahu terasa hendak membeli rumah tetapi tidak mahu yang terletak di tepi lebuh raya. Bila teringat, mungkin ini rumah yang dimaksudkan." 

Demikian tutur anak kepada pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil, di mana kongsinya, arwah bapanya itu ada meluahkan keinginan memiliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan sehari sebelum beliau meninggal dunia tengah hari semalam.

Berhubung luahan tersebut, Afiqah, 33, menyifatkan ia seolah-olah menjadi petanda bapanya akan pergi, walaupun semasa itu tiada perubahan ketara dilihat pada tahap kesihatan Allahyarham.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Afiqah yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu berkata, hasrat bapanya yang mahu menunaikan haji pada tahun ini tidak kesampaian disebabkan peny@kit yang dihidapinya iaitu mas@lah jantung b£ngkak.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham dilaporkan stabil dan sepatutnya menjalani penggambaran malam semalam, selain merancang ke Singapura bagi menghadiri pelancaran buku biografinya pada minggu hadapan. 
"Meskipun tidak dapat ke Tanah Suci, ayah tetap aktif seperti biasa. Pagi tadi ibu memaklumkan ayah berehat selepas solat subuh, namun apabila diperiksa semula kira-kira 12 tengah hari, beliau sudah tidak sedarkan diri," jelasnya.

Kata Afiqah lagi, dia dimaklumkan pemergian bapanya itu semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, menyebabkan dirinya segera berpatah balik ke rumah. 
Dalam pada itu, akui Afiqah, kehilangan arwah bapanya itu amat dirasai, apatah lagi Allahyarham baru menyambut ulang tahun kelahiran pada 25 April lalu, selain menyifatkan kesempatan merakamkan lagu dengan arwah sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga.

"Saya memohon maaf bagi pihak ayah jika ada menggur1s hati sesiapa dan meminta agar semua pihak menghalalkan segalanya serta mendoakan yang terbaik buat beliau," ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini semalam. 
Untuk makluman, Jalil atau nama sebenarnya, Abd Jalil Abd Hamid, 69, meninggal dunia di rumahnya di sini pada 12.30 tengah hari semalam dan jenazahnya selamat dikebumikan pada 5.50 petang pada hari sama.

Antara rakan artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Tamimi Siregar, Tam Spider, Herman Tino dan Nabil Ahmad.

Allahyarham mula aktif dalam industri seni lebih 40 tahun lepas dan dikenali sebagai artis serba boleh termasuk sebagai pelakon komedi dan juga membintangi filem serta drama yang menyentuh hati peminat seni tanah air.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: