06 May 2026

SELAMAT BERSALIN - PENYANYI 'BEA SOBA BEA', EDA EZRIN TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN



"Alhamdulillah, selamat bersalin baby girl (anak perempuan). Berat 2.75." 

Demikian tulis penyanyi Kelantan yang popular dengan lagu 'Bea Soba Bea' iaitu Eda Ezrin, di mana dia memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan anak ketiganya.

Eda yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di media sosial miliknya itu menimang bayi perempuan.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, tidak mendedahkan nama atau pun wajah anak ketiganya itu.

Sementara itu, adik iparnya iaitu Raa Suzuran turut berkongsi berita yang sama dan mengucapkan selamat berpantang kepada kakak iparnya. 
"Anak fruit shishu, Eda Ezrin. Welcome to the world dan selamat berpantang," kongsinya.

Dalam perkembangan terbaharu, Eda kini muncul dengan lagu baharu bersama Den Manjo berjudul 'Adek Saye Abe Sore'. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: