Takziah diucapkan buat keluarga bekas Ketua Unit Hiburan Majalah, Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB), Noor Joha Ahmad yang atas pemergiannya yang meninggal dunia sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun di Hospital Ampang, Selangor akib@t k0mpikasi pelbagai peny@kit termasuklah kegagalan buah pinggang.
Berita pemergian Allahyarham itu disahkan oleh Timbalan Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Niezam Abdullah.
Sebelum itu, Noor Joha yang masih bujang dilaporkan berada dalam keadaan krit1kal dan dibawa keluarga dari rumahnya di AU2 Keramat ke hospital Ampang pada Rabu untuk mendapatkan rawatan.
Klik untuk gambar besar
Allahyarham kerap menerima rawatan di hospital berkenaan susulan kesihatan yang semakin mer0sot, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu kerana menghidap peny@kit diab£tes, termasuk mas@lah buah pinggang sejak lebih 10 tahun lalu.Untuk info, Noor Joha memulakan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad pada 1994 selepas menamatkan pengajiannya di Indonesia dalam bidang Linguastik Bahasa Indonesia.
Ketika menyertai Utusan, Allahyarham yang banyak memberikan sumbangan dalam dunia kewartawanan itu di tempatkan di meja berita sebelum ditukarkan ke Majalah URTV.
Allahyarham kemudian diberi peluang kenaikan pangkat sebagai Ketua Unit Hiburan yang merancang penerbitan majalah-majalah hiburan bawah anak syarikat Utusan Melayu itu, selain menggalas peranan sebagai Pengarang Saji. Sepanjang penglibatannya dalam bidang kewartawanan hiburan, Allahyarham banyak terlibat menaikan nama artis antaranya kumpulan rock tempatan seperti Spring, Iklim, EYE, Slam, penyanyi Ziana Zain, Haiza, Allahyarham Maya (Matahari), Siti Sarah Raisuddin dan Amelina.
Antara kisah menarik Allahyarham apabila dia mengaturkan sesi fotografi antara Siti Nurhaliza Tarudin dan Zarul (Umbrella) pada awal kemunculan biduanita negara itu di air terjun Sungai Gabai, Hulu Langat Selangor tanpa mengetahui penyanyi itu memegang prinsip tidak bergambar dengan lelaki.
Namun begitu, sesi fotografi berkenaan yang sepatutnya dirancang untuk muka hadapan URTV tidak menjadi sepertimana diharapkan, sementara Zarul merupakan satu-satunya artis yang berjaya bergambar dengan Siti Nurhaliza bagi tujuan penerbitan media. Antara kisah menarik lain apabila Allahyarham antara individu terlibat mempertemukan penyampai radio Kool FM yang juga penyanyi Haiza dengan bintang hoki negeri Melaka iaitu Norhanapfe Omar sehinggalah kedua-dua mereka bertemu jodoh pada 2007.
Sepanjang kerjayanya juga, Allahyarham turut mendapat peluang ke luar negara dengan membuat liputan pertandingan Voice of Asia Music Festival di Kazakhstan pada 1997 yang menyaksikan Kumpulan Slam mendapat tempat kedua.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Asar.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah 🤲🏻
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment