05 May 2026

JAWATAN MENTERI - AMMAR AHYAN PERCAYA BAPANYA, ALIFF SYUKRI MAMPU GALAS : "ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEBAB DIA TAK SUKA MEMBAZIR, AKAN ELAK PEMBAZIRAN WANG KERAJAAN"



"Ayah saya boleh jadi menteri. Pertama sekali, dia dah biasa dengan persekitaran syarikat swasta, jadi mungkin akan bantu pengurusan kerja kerajaan lebih efisien. 

"Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin akan bantu kerajaan lebih maju dan dia juga ada ciri-ciri kepimpinan sebab dia tak suka membazir, akan elak pembaziran wang kerajaan.

"Saya bukan akan undi dia sebab saya ni anak dia, tapi saya akan undi sebab tahu dia ketua yang sangat bagus."

Itulah kata anak sulung kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, di mana dia percaya bapanya boleh menjadi seorang menteri.

Klik untuk gambar besar

Jelas Ammar, bapanya itu mempunyai pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan boleh membantu dalam pengurusan kerja untuk lebih efisien.

Malah ujarnya lagi, bapanya seorang yang tidak suka membazir, sekaligus membantu untuk mengelakkan pembaziran wang negara.

Ammar yang hadir di Konvensyen 80 Tahun Umno pada Sabtu lalu, berkata, dia mahu melihat sendiri bagaimana pemimpin menjaga negara serta rancangan untuk golongan muda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: