"Tahun lepas tak dapat pergi (tunai haji), ibu saja pergi seorang. Tahun ini pula, ayah dah pergi kursus haji tapi tak dapat sebab mas@lah jantung.
"Dia agak tert£kan juga sebab tak dapat pergi. Kami cuba pujuk, mungkin belum rezeki. Tapi saya tahu dia sedih tak dapat tunaikan haji. Itulah hasrat terbesar dia."
Demikian kata anak kepada pelakon, penyanyi dan pelawak, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil, 33, di mana dia meluahkan rasa terkil@n apabila hasrat terakhir arwah bapanya untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Afiqah lagi, arwah bapanya itu pernah berselor0h tentang perkara tersebut memandangkan pernah membintangi telefilem berkisar haji berjudul 'Selangkah ke Syurga'."Dia pernah berlakon cerita tak jadi pergi haji, jadi kami selalu bergurau tentang perkara itu. Tapi di sebalik gurauan, saya tahu dia simpan rasa sedih. Itu memang impian dia," ujarnya. Dalam pada itu, anak kelima daripada enam adik beradik ini turut meluahkan rasa syukur kerana masih sempat meluangkan masa bersama arwah bapanya ketika hayatnya.
"Saya bersyukur sebab sempat ada momen dengan ayah. Walaupun kami selalu berbal@h, tapi jauh di sudut hati, saya hargai dia. Bila fikir balik, saya rasa bersyukur sebab dia tahu kami sayang dan hargai dia," tuturnya. Mengimbau detik terakhir bersama arwah bapanya, Afiqah memberitahu, perbualan terakhir mereka berlaku malam sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Malah katanya lagi, hasrat arwah bapanya ingin ke Singapura untuk pelancaran bukunya yang berjudul Autobiografi Jalil Hamid pada minggu hadapan juga tidak kesampaian. Sementara itu, jenazah Jalil Hamid telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 6.30 petang, Isnin.
Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan artis dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan apabila sebahagian besar yang hadir dilihat tidak dapat menahan sebak mengenang jasa serta sumbangan arwah sepanjang lebih empat dekad bergelar anak seni.
Sebelum ini, Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi dan berita sedih itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi media sosial. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment