27 October 2011

REMY ISHAK AKUI CINTAI TIZ ZAQYAH


Bukan saya mahu sembunyikan hubungan kami kepada umum, tetapi sebaliknya kami tidak mahu menggembar-gemburkan tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodoh. Demikian kata Pelakon drama bersiri Nur Kasih, Remy Ishak, 29, yang akhirnya mengaku sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah, 22.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

Remy dan Tiz - klik untuk imej besar...



"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.

"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, gosip cinta Remy dan Tiz mula dihebohkan apabila mereka dilihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang, Selangor pada 2010.

Malah paling terkini, Tiz dikatakan berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka saling suap-menyuap ketika makan bersama. Iyalah... kalau dah suap menyuap tu, takkan takda apa-apa ya tak?

No comments: