01 November 2011

'SAYA TAK MENGAMUK' - FAEZAH ELAI


Pelik tapi benar!

Namun itulah yang didakwa oleh Faezah Elai yang menafikan 'amukannya' di twitter tiada kena mengena dengan sesiapa mahupun bekas isteri Heykal Hanafiah, Jaja Nadzir. Tambah Faezah, apa yang dimuatkannya di Twitter adalah secara umum tanpa berniat untuk mengaitkan nama sesiapa.

"Saya tidak mengamuk di twitter, saya hanya menulis apa yang saya fikirkan secara umum tanpa mengaitkan atau menulis nama seseorang.

"Lebih-lebih lagi bekas isteri suami saya, kerana saya tidak pernah kenal dengannya apalagi berhubung," katanya dipetik sebagai berkata.

Faezah berkata demikian apabila diajukan soalan mengenai 'ugutan' mahu mendedahkan gambar merokok dan barang tok bomoh sebagaimana yang dinyatakannya dalam twitter tersebut. Sehubungan itu, ada pihak yang kurang senang dengan tindakan pelakon itu yang seolah-olah mahu membuka aib 'seseorang'.

Faezah nafi mengamuk - klik untuk imej besar...



"Saya rasa mereka yang membaca Twitt saya dengan nada yang salah kerana saya menggunakan banyak tanda seruan yang menyebabkan ramai yang menganggap saya marah atau mengamuk.

"Sebenarnya saya hanya menulis ayat-ayat biasa sahaja dan tidak pun mempunyai niat untuk mengamuk atau marah," ujarnya menutup bicara.



Dikhabarkan, Faezah dan Heykal bakal mengadakan majlis resepsi (pihak lelaki) pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri yang sama.



No comments: