17 October 2011

11 SOALAN UNTUK DATUK SITI NURHALIZA


1. Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail (bapa)?

"Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapa nampak garang tetapi sangat sensitif dan senang menangis. Suami pula seorang yang pemurah dan ada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti."

2. Apa seronoknya menjadi Siti Nurhaliza semasa menjual kuih dan Siti Nurhaliza seorang penyanyi?

"Seronok masa jual kuih apabila kuih tu laku terutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masa tu la Siti  “asah” vokal dengan menjerit “kuih…kuih… ” Ketika menjadi penyanyi Siti mendapat layanan istimewa dan berjaya pergi ke merata tempat yang Siti tak pernah pergi serta boleh menghiburkan orang."

3. Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun?

"Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menari seorang diri. Masa zaman sekolah, Siti suka bergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokok dan naik basikal."

Gambar diawal kemunculan Siti di bidang seni suara



4. Siti Nurhaliza pada usia 55 tahun?

"Nak jadi wanita yang ada anak antara dua hingga tiga orang serta ahli perniagaan wanita yang berjaya. Yang paling penting sihat tubuh badan."

5. Apa hebatnya kereta pertama Siti, Proton Aeroback?

"Itulah kereta yang banyak berjasa. Kereta itulah yang bawa Siti seluruh Semenanjung Malaysia. Kereta tu Siti beli hasil duit titik peluh Siti selepas kejayaan album pertama Jerat Percintaan."

6. Bilakah air mata terakhir Siti?

"Awal tahun ni kalau tak silap. Siti menangis tengok Australian Junior Master Chef. Kagum dengan budak-budak dalam rancangan tu."

7. Perkataan apa yang terkesan dalam kalbu?

"Kata-kata daripada suami dan pesan arwah abah."

8. Nombor pilihan Siti. Kenapa?

"Pertama, nombor 111 kerana tarikh lahir Siti iaitu 11 Januari. Kedua pula nombor 38 iaitu kombinasi nombor Siti dan Datuk K. Nombor yang kami rasakan membawa tuah."

9. Menunggang kuda, membonceng motosikal yang mana akan dipilih?

"Menunggang kuda Siti memang tak pernah cuba tetapi yang paling Siti suka tentulah membonceng motosikal he...he..."

Kemenangan pertama Siti melalui Juara Lagu 1996...


10. Paling lewat melelapkan mata, paling awal terjaga tidur?

"Kalau banyak aktiviti pukul 3 pagi baru Siti tidur dan pernah juga Siti terjaga sekitar pukul 3 pagi untuk ke bilik air."

11. Duit! Paling banyak di dompet, paling sikit dalam poket?

"Paling banyak Siti bawa RM1,000 dalam dompet. Tapi sekarang dah ada kad debit dan kad kredit, Siti tak amalkan dah bawa duit banyak. Paling sikit yang ada dalam poket ialah 50 sen. Tu pun masa zaman sekolah rendah."

Sumber: MStar 

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR2 NOSTALGIA SITI NURHALIZA

No comments: