"Saya reda kehilangan anak, Norlina Ramli yang kembali ke Rahmatullah pada jam 8.05 pagi ini akib@t s@kit kans£r usus yang sudah lama dihidapinya.
"Arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan mudah dan tenang. Kami semua ahli keluarga pun sudah bersedia sejak awal kerana doktor memaklumkan segala kemungkinan.
"Norlina pun sudah dirawat di hospital sejak beberapa bulan lalu dan peny@kit kans£r ususnya juga dilaporkan sudah mer£bak dalam badan.
"Jadi, doktor pun sudah tidak boleh melakukan apa-apa rawatan lagi. Maka, pemergian arwah bukan satu kejutan. Saya memang sudah bersedia dan reda sahaja."
Klik untuk gambar besar
Demikian tutur pelakon veteran, Norlia Ghani, 78, yang reda kehilangan anak tersayang, Allahyarham Norlina Ramli, 57, yang meninggal dunia akib@t kans£r usus di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, di sini, pagi tadi.
Ketika dihubungi, Norlia yang juga ibu kepada pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli, berkata, dia dan seluruh ahli keluarga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja ketentuan takdir kerana doktor sudah memaklumkan keadaan kesihatan arwah Norlina sejak awal.
Norlia atau nama penuhnya, Norlia Abdul Ghani, dalam masa sama turut memohon agar mendoakan roh Allahyarham Norlina dicucuri rahmat oleh Yang Esa dan disedekahkan juga Al-Fatihah.
Kongsinya lagi, arwah anak perempuannya itu meninggalkan seorang cahaya mata lelaki dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate selepas solat Zohor.
Sebelum ini, Norlia berkongsi khabar sedih mengenai kem@tian anaknya menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di media sosial.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berharap Norlia serta keluarga tabah menghadapi ujian kehilangan insan tersayang pada Syawal keenam ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment