"Maka esok ini, hari raya atau tidak?" itulah tulis penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi media sosial miliknya, sebelum pengumuman hari raya sebentar tadi, dimana ia jatuh pada lusa iaitu 21 Mac ini.
Dalam perkongsian itu, Bella telah memuat naik gambar hitam putih, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya sehingga menc£tuskan tanda tanya dalam kalangan peminat berhubung status hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Melihat pada gambar tersebut, Bella, 32, tampil anggun dalam persalinan kebaya, manakala Syed Saddiq, 34, pula segak berkemeja.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian itu membuatkan ramai peminat serta rakan artis tidak sabar menantikan jawapan apabila gaya dan konsep gambar yang dipaparkan mengundang persepsi seakan-akan sesi fotografi pra perkahwinan.
"Pra perkahwinan ke ini?" - "Bella ini 'hint' majlis ke?"
"Tak kisah bila, yang penting 28/3/2026 ini kasi jadi," antara komen-komen yang ditulis peminat yang tidak sabar menanti hari bahagia pasangan yang digelar 'BASS' itu.
Apa yang menarik perhatian, pelakon Mira Filzah juga sempat meninggalkan komen berbaur usikan, sekali gus menguatkan lagi sp£kulasi tersebut : "Tanya tentang raya atau hari bahagia?"
Bukan itu sahaja, malah seorang lagi pelakon iaitu Shaza Bae turut meluahkan keterujaan dengan komen ringkas, "Tak sabarnya."
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq bakal berlangsung seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 28 Mac ini.
Bella sebelum ini, dilihat memilih untuk 'mengunci mulut' dan mengelak menjawab persoalan berkaitan status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk makluman, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum disahkan bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean (lahir 2017) dan Ara Adreanna (lahir 2020).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment