19 March 2026

"SAYA SERAHKAN SOAL AJAL & M4UT INI DI TANGAN ALLAH" - BRONT PALARAE SAMBUNG BELAJAR DI AS, TAK DAPAT SAMBUT AIDILFITRI DI MALAYSIA



"Saya tidak dapat berada di Malaysia kerana hari ini (semalam) saya dan keluarga bergerak ke Amerika Syarikat. Ini kerana saya sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Eksekutif.

"Saya akan berada di sana selama tiga minggu untuk menamatkan pengajian ini. Doakanlah perjalanan kami sekeluarga dalam keadaan yang tenang dan selamat sampai."

Demikian jelas pelakon Bront Palarae, 48, dimana dia tidak dapat menyambut Aidilfitri di Malaysia tahun ini apabila dia berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana.

Klik untuk ganbar besar

Kata Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, dia berangkat bersama keluarganya bagi mengikuti pengajian Pentadbiran Perniagaan Eksekutif (EMBA) di Asia School of Business.

Dalam pada itu, Bront berkata, dia hanya meminta supaya peminat mendoakan keselamatannya ketika ditanya mengenai kerisauan mengenai k0nflik di Asia Barat yang memuncak sejak 28 Februari lalu.

"Sudah pasti ada kerisauan selepas melihat kepada apa yang berlaku. Tapi saya serahkan soal ajal dan m@ut ini di tangan Allah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: