"Sebenarnya baru saja dik£san pada awal Ramadan lalu. Waktu itu dia sedang membuat persembahan dan tiba-tiba mengadu s@kit di bahagian bawah perut.
"Kami terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil keputusan untuk melakukan pemb£dahan segera. Dah tak ada cara lain."
Itulah kata isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 67, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, dimana maklumnya, suami menjalani pemb£dahan sekitar pukul 11 pagi Khamis di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang selepas disahkan mengalami mas@lah hernia (angin pasang).
Klik untuk gambar besar
Kata Izzati, gejala itu mula dik£san pada awal Ramadan lalu sewaktu Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, sedang membuat persembahan dan merasakan kes@kitan di bahagian bawah perut.
Jelas isteri Jamal lagi, suaminya itu mengambil keputusan untuk melakukan pemb£dahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di Pulau Pinang, malah tidak menafikan kemungkinan mereka akan menyambut Aidilfitri di hospital.
"Kami melakukan pemb£dahan di hospital di Pulau Pinang sebab kebetulan suami saya ada persembahan di sini. Lagipun kalau buat di Kuala Lumpur takut lambat.
"Suami saya perlu melakukan pemb£dahan ini secepat mungkin sebab bulan depan dia dah mula sibuk dengan persembahan pentas. Takut proses pemulihan lambat.
"Mungkin juga kami terpaksa beraya di hospital. Kalau boleh memang dia nak balik tapi saya minta duduk di hospital dulu takut ada pendar@han atau k0mplikasi lain," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment