12 March 2026

N£KAD BERTUDUNG PENUH SELEPAS TERSEDAR DARI DITIDURKAN - A AIDA K£SAL LAKUKAN B£DAH LUTUT



"Ayat pertama yang keluar daripada mulut ustaz, dia minta saya pakai tudung. Hati saya terus tersedar dan saya putuskan untuk bertudung. Selama sebulan proses pemulihan, kata-kata ustaz itu sering bermain di fikiran."
Demikian jelas pelakon dan penerbit, Datuk A Aida, dimana Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff adalah individu pertama yang dilihatnya sebaik saja sedar daripada ditidurkan dan pesanan diberikan oleh pendakwah itu memberi imp@k kepadanya.

Kata A Aida, dia membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas berdepan detik c£mas ditidurkan ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) akib@t k0mplikasi pemb£dahan lutut.

Bukan itu sahaja, malah tutur A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, itu lagi, doktor ada memaklumkan kepada keluarganya bahawa harapan untuk sembuh sangat tipis.

Klik untuk gambar besar 
Selain itu, Aida turut berkongsi, seminggu sebelum Ramadan, anak keduanya iaitu Wan Azevanatassha atau Azeva, ada bertanya kepadanya sehingga membuatkan dirinya tidak tidur malam.

"Dia tanya, 'Mama tak nak pakai tudung ke?'. Pertanyaan itu buat saya tak tidur malam selama seminggu. Dengan faktor usia sekarang, saya rasa memang sudah patut saya berhijab.

"Bermula Ramadan lalu, saya cari semula koleksi tudung lama. Alhamdulillah, anak-anak adalah individu paling gembira dengan perubahan ini," ujarnya.
Disamping itu, akui A Aida, dia berasa k£sal melakukan pemb£dahan lutut sedangkan kes@kitannya tidak s£rius dan kini terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat.

"Pesanan saya, jangan sesekali usik bahagian lutut kalau tak s@kit betul-betul. Lutut kita ibarat tayar. Doktor boleh janji manis, tapi hakikatnya kita yang menanggungnya.

"Dulu saya sangat aktif dan tak makan ubat, tapi sekarang saya kena makan ubat cair dar@h, kol£sterol dan dar@h tinggi setiap hari," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: