12 March 2026

"SATU-SATUNYA SOSOK 'LELAKI' DI DALAM RUMAH SAYA SELAMA INI YANG ADA SIFAT TANGGUNGJAWAB..." - FAZURA TAMPIL PERTAHANKAN SAHABATNYA, CHOT YANG BERSAMANYA SELAMA 17 TAHUN



"Siapa berani sentuh Chot saya ni? Untuk pengetahuan semua, dia dah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari dalam perut saya juga. Menjadi satu-satunya sosok 'lelaki' di dalam rumah saya selama ini yang ada sifat tanggungjawab belikan susu, lampin dan segala keperluan Fatima.

"Ganti bulb lampu hingga tolong tukar tayar kereta. Orang lain pun tak mampu nak buat. Bila Fatima s@kit, Chot juga yang drive! Jadi hati-hati bila bercakap, jangan sampai akan makan diri sendiri pula."

Itulah tulis pelakon Nur Fazura, 43, dalam satu komen balas di laman Thr£ads, dimana dia tampil mempertahankan seorang sahabatnya yang dikenali sebagai Chot selepas individu berkenaan menjadi sas@ran kec@man di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Menerusi hantaran itu, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, telah berkongsi tentang persahabatan yang sudah terjalin selama 17 tahun, serta men£gaskan lelaki berkenaan banyak membantu perjalanan hidupnya.

Malah kata Fazura lagi, Chot juga menjadi orang terdekat yang menguruskan anaknya, Nur Fatima Aisya, selain turut menitipkan nasihat agar tidak bercakap perkara buruk tentang sahabatanya itu secara terbuka.

Sebelum ini, nama Chot menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempers0alkan tentang hubungan rapatnya bersama Fazura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: