12 March 2026

ISU TRAFIK - AHMAD IDHAM NAFI C£MBURU, TEGUR DEMI KESELAMATAN ANAK ISTIMEWA : "KALAU DAH DIIZINKAN, KENAPA SAYA TAK BOLEH BUKA DI KAWASAN ITU?"



"Apabila kita bercakap fasal anak istimewa bermaksud saya perlu menitik beratkan isu keselamatan. Jadi apabila saya melihat dua, tiga bulan ini, trafik makin banyak di pr£mis saya. Semakin hari semakin ramai orang tidak bertamadun suka parking menghalang laluan lalu lintas dan pagar sekolah saya, bayangkan kalau awak berada di tempat saya.

"Kalau ada kec£masan anak-anak istimewa ini saya tidak boleh bawa mereka ke hospital disebabkan ada sikap orang tidak bertanggungjawab menghalang laluan, apa awak nak buat? Ini bukan isu d£ngki tak d£ngki, ini bukan isu sebab orang itu lebih kaya perniagaannya lebih bagus. Tak ada kena mengena."

Itulah kata pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham, dimana dia menafikan dakwaan kononnya sengaja membangkitkan isu kesesakan lalu lintas kerana c£mburu terhadap perniagaan usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri.

Jelas Ahmad Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, teguran yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata kerana faktor keselamatan, khususnya melibatkan anak-anak istimewa di pusat pendidikan khas yang diusahakannya di kawasan berkenaan.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads miliknya, Ahmad Idham berkata, peningkatan trafik sejak beberapa bulan kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan kerana terdapat individu yang meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan serta pagar sekolah.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, pusat pendidikan khas yang diusahakannya bertujuan membantu kanak-kanak istimewa seperti anak-anak autism, ADHD dan sindr0m d0wn dan bukanlah semata-mata untuk keuntungan.

"Perniagaan yang saya buat ini sebenarnya adalah untuk membantu orang. Saya cakap terus terang, semua orang dalam sekolah itu adalah orang berkemampuan tetapi ada juga yang tidak mampu saya ambil untuk belajar di situ. Dalam masa sama, saya tolong carikan penaja untuk mereka.

"Perniagaan saya memang tak besar mana pun. Ya perniagaan saya ni takkan mampu untuk beli bangunan harga berjuta ringgit. Tapi kita kena ingat tak semua orang berniaga hanya untuk mengejar kekayaan. Ada orang berniaga demi mengejar keberkataan dan nak bantu orang lain," tuturnya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham memaklumkan, pusat pendidikan khas itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan sebelum beroperasi ketika mengulas dakwaan segelintir pihak yang berpendapat lokasi perniagannya di Kota Damansara, Petaling Jaya tidak sesuai untuk dijadikan sekolah.
"Jadi harap anda semua faham pr£mis yang saya ada itu bukanlah untuk menjalankan perniagaan secara komersial tetapi lebih kepada supaya ada ruang untuk saya bantu lebih ramai ibu bapa dan anak-anak istimewa. Kalau itu pun di mata anda semua sal@h, saya minta maaf.

"Kalau tanya saya, kenapa buka di pr£mis itu kerana lokasinya sesuai. Ketika saya buka pun dah dapat kelulusan daripada bomba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi kalau dah diizinkan, kenapa saya tak boleh buka di kawasan itu?

"Mestilah saya nak buat di tempat besar juga supaya lebih ramai orang saya boleh bantu," kata Ahmad Idham yang sebelum ini berkongsi gambar dan video keadaan di kawasan sekitar Kota Damansara, Selangor yang sesak sehingga terpaksa mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal lalu lintas.

Hantaran tersebut mendapat respons Aliff dan isterinya, Datin Nur Shahida, dimana pasangan itu merasakan t£mpias kerana wisma perniagaan mereka terletak di lokasi sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: