"Memang syahdu apabila mengenangkan detik itu. Namun hidup mesti diteruskan, itulah ujian Allah. Cuma keadaan kali ini agak berbeza kerana saya berjaya berpuasa sehingga kini. Tahun lalu saya tidak boleh berpuasa disebabkan s@kit.
"Tahun ini Alhamdulillah keadaan okey sedikit walaupun selepas balik daripada umrah pada 28 Januari lalu, saya dimasukkan ke Hospital Serdang akib@t jangk1tan v1rus. Alhamdulillah, saya boleh puasa dengan sempurna dan dapat beribadat dengan sempurna."
Demikian jelas penyanyi Ali XPDC, 58, dimana dia masih mengingati detik ketika mengalami s£sak nafas dan dikejarkan ke Hospital Cyberjaya, manakala arwah isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned pula dimasukkan ke Hospital Putrajaya.
Arwah isteri Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, itu meninggal dunia di Hospital Putrajaya akib@t kans£r payud@ra pada 6 April tahun lalu dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Salak.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, jelas Ali, dia masih menjalani rawatan secara berkala untuk mas@lah kesihatannya mengikut arahan doktor.
"Doktor akan periksa semula jantung, paru-paru dan sebagainya. Mei nanti saya akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan seterusnya. Sekarang pun saya makan lapan biji ubat sehari.
"Saya juga perlu berpantang makan kacang dan makanan yang berangin," tuturnya yang turut berkongsi mengenai kehidupannya, dimana kini tidak sunyi kerana dikelilingi oleh anak-anak dan menantu serta seorang cucu bernama Mariana yang kini berusia setahun.
"Mariana hanya sempat berjumpa arwah neneknya sekali sahaja iaitu ketika anak saya balik dari hospital selepas bersalin. Waktu itu isteri saya mahu bergerak ke hospital untuk rawatan.
"Boleh dikatakan raya kali ini lebih bermakna dengan adanya beliau. Raya tahun ini saya memang tidak ke mana-mana dan sambut di Bangi," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment