19 October 2011

KRISDAYANTI SIMPAN DARAH TALI PUSAT AMORA


Demi trend dan kesihatan Ariannha Amora Lemos, darah tali pusat daripada ari-arinya telah disimpan di bank plasenta.

Demikian dijelaskan Krisdayanti dan Raul Lemos yang sememangnya faham bahawa darah tali pusat bayi mengandungi “stem” sel. Kegunaannya ialah ia dapat menyembuhkan bayi jika diserang penyakit genetik atau penyakit serius lain dimasa hadapan.

Apa yang mereka lakukan itu adalah satu cara bagi melindungi Amora disamping sangat menitikberatkan masa depannya. Selain itu, mereka menilai langkah tersebut sebagai perlindungan dan kepentingan jangka panjang yang bermanfaat.


"Perkara ini sudah menjadi trend kesihatan yang baru yang turut dipraktikkan di Singapura.

"Saya melihat ia sebagai suatu perkara yang positif kerana mampu menyembuhkan penyakit yang mungkin akan menyerang 100 peratus," ujar Krisdayanti dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, difahamkan sebagai seorang muslimah, Krisdayanti tetap menanam puput ari-ari pusat Amora seperti kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain.

No comments: