05 November 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011


Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus muncul sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 serta merangkul tiga anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Sementara bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama pula dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dimenangi oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.

Untuk Filem Terbaik kali ini ia berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios. Manakala Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).



Gambar-gambar anugerah dan senarai penuh pemenang selepas ini:



Bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem pula ia dirangkul oleh Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.

Acara gilang gemilang itu telah berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ia telah dihoskan oleh aktres Rozita Che Wan dan Ally Iskandar dan disiarkan secara langsung di TV3.

Berikut adalah keputusan penuh keseluruhan kategori yang dipertandingkan:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Magika

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)

Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)

Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sanggul Beracun

Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)

Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik: Sanggul Beracun

Drama Rantaian Terbaik: Juvana

Drama Komedi Terbaik: Geng Surau

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika

Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah

Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show

Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.

Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.

Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)


GAMBAR ASK 2011
Klik untuk imej besar...










No comments: