05 November 2011

JAJA NADZIR SAMBUT AIDILADHA TANPA ANAK2


Meskipun kali pertama menyambut Aidiladha tanpa anak-anak, namun Jaja Nadzir, janda Heykal Hanafiah tetap 'berkorban' dan memendam kesedihannya seorang diri. Malah Aidiladha tahun ini juga tampak suram apabila dia tidak dapat balik ke kampungnya di Terengganu atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Bye bye my kiddos have a safe journey & semoga raya haji bakal disambut dengan happy walaupun 1st time beraya tanpa Mummy dalam seumur hidup mereka. yes life isnt always fair for us but that what life is all about.. sahut it sebagai cabaran untuk menguji kekuatan & kesabaran diri.. happy alwiz my lil darlings.

Bergambar sebelum berpisah
klik untuk imej besar...



"Mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke kaki sebab tak dapat balik raya.. terpaksa BURN tiket flight malam ni.. koyal doh nak makan seafood kat terengganu ni tapi tak boleh nak buat ape sebab anak-anak balik KL hari isnin sebab selasa kena hantar buku teks if balik kampung tiket balik pada 9th november laa plak! Dah bukan rezeki," demikian kata Jaja melalui laman facebooknya.

Mesej dari anak-anak...


Apa-apapun, selamat Hari raya Aidiladha myartis ucapkan untuk Jaja dan keluarga. Moga Raya Korban tahun ini membawa seribu keberkatan buat mereka sekeluarga dan memberi ruang baru ke arah yang lebih baik.

Jaja - 'Home Alone'...


No comments: