26 November 2013

ISU GAMBAR SUAMI BERTATU - NADIYA NISSA ENGGAN ULAS


Masihkan anda ingat dengan isu tatu suami Nadiya Nissa yang heboh digosipkan baru-baru ini? Ikhlasnya, siapalah kita untuk menghukum seseorang yang bertatu. Mungkin agaknya mereka sudah bertaubat dan sudah meninggalkan dunia lama.

Dan begitulah halnya bagi pelakon Nadiya Nissa, gosip mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai tatu langsung tidak menjejaskan rumah tangga mereka. Malah dia berharap isu berkenaan tidak berpanjangan kerana suaminya tidak ada kena mengena dengan dunianya sebagai seorang selebriti.

Klik gambar untuk imej besar...



"Gosip sebegini tidak memberi kesan kepada hubungan kami kerana dia faham dengan situasi saya sebagai artis namun apa yang saya bimbangkan kerana isu tersebut akan timbul cerita lain selepas ini.

"Saya berharap cerita tersebut tidak berpanjangan selepas ini," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Nadiya, dia enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut bagi pihak suaminya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai gambar tersebut kerana banyak hati yang perlu saya jaga apabila isu tersebut ditimbulkan.

"Tambahan pula suami saya bukan pelakon dan dia tidak terlibat dalam dunia seni jadi tidak perlu saya mengulas mengenai gosip itu.

"Saya berharap masyarakat akan memberi perhatian terhadap kerjaya seni berbanding kehidupan peribadi saya," katanya.

No comments: