27 November 2013

6 RAHSIA NORMAN HAKIM KEKAL BERTENAGA


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Norman Hakim mengekalkan bentuk tubuhnya yang sasa. Padahal, dia kini sudahpun memiliki empat orang anak, tetapi menariknya dia tidak seperti lelaki lain yang kebiasaannya berperut buncit.

Jika anda ingin tahu, berikut ada beberapa panduan yang diberi oleh Norman. Iyalah... bak kata orang, belum cuba belum tahu.




1. Boleh dikatakan setiap hari jika tiada penggambaran drama atau filem, Norman akan pergi ke gim. Dia akan menghabiskan masa selama tiga jam di sana. Namun jika sibuk dengan tugasan lain, dia akan berada di sana sekurang-kurangnya selama satu jam.

2. Menurut isteri Norman, pelakon Memey Suhaiza, ke mana saja mereka pergi, perkara pertama yang akan dilakukan suaminya itu ialah mencari pusat gimnasium.

3. Sebelum ke gim, Norman tidak boleh mengambil sarapan, jadi dia akan mengamalkan dua biji pisang setiap hari.

4. Norman tidak akan makan nasi melainkan beras yang digunakan adalah beras perang. Manakala untuk lauk pula, dia tidak kisah untuk mengambil apa saja.

5. Bagi menjaga kesihatan badan, Norman juga tidak minum kopi.

6. Sarapan sihat yang diamalkan Norman ialah mengambil bijirin cornflakes yang dicampur dengan susu serta kismis dan pisang yang dipotong kecil.


Sumber: Seroja


No comments: