30 March 2026

BILA ADIRA SUHAIMI KONGSI FOTO BERSAMA 'TEMAN BAHARU' BERAMBUT PANJANG LAGI



"Semoga raya tahun ini memberi seribu makna buat kita semua. Salam kosong-kosong semua."
Demikian tulis penyanyi Adira Suhaimi, 35, berserta tiga emoji hati berwarna putih pada perkongsian yang dimuat naiknya di mana ia menarik perhatian warga maya apabila berkongsi foto berdua dengan 'teman baharu' di media sosial.

Sebelum ini, pada 24 Mac lalu, Adira turut dilihat berkongsi foto lelaki yang sama di media sosial dengan kapsyen ringkas ditulis, "ok janji last" berserta emoji hati berwarna putih.

Difahamkan, lelaki berambut panjang paras bahu yang ditutupi bahagian muka itu dilihat sudah mengenali dan rapat dengan anak-anak Adira berdasarkan video dimuat naik di IG pada 20 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar 
Meninjau pada ruangan komen pula, rata-rata netizen memberi restu dan berharap penyanyi lagu 'Pujaan Hati' itu memperoleh kebahagiaan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu yang memaparkan Adira bersama 'teman istimewa' berkenaan, kedua-dua mereka dilihat menggayakan busana sedondon berwarna kuning.

Berhubung perkongsian tersebut, rakan selebriti termasuk Bella Astillah turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira dan mendoakan yang terbaik buat ibu kepada empat cahaya mata itu.
"Selalu doakan kakak saya yang cantik dan baik ini," komen Bella berserta emoji gembira dan hati warna merah

"Tahniah juga adikku sayang, kakak selalu doakan yang baik-baik untuk adik," bal@s Adira bersama emoji hati berwarna merah.

Namun apa lebih menguatkan sp£kulasi, Adira sudah menemui 'jodoh lebaran' apabila dia menggunakan lagu 'Jangan Berhenti Mencintaiku' dendangan Ressa Herlambang sebagai 'background'.
Untuk makluman, Adira pernah berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 48, pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun, rumah tangga Adira bersama Datuk Red hanya bertah@n selama sembilan tahun apabila mereka sah bercerai talak satu pada April 2024.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7,dan Ayob, 5.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: