29 March 2026

BALU ALONG EYZENDY AKUI SAMBUTAN AIDILFITRI TAHUN INI SANGAT LAIN : "TERASA AGAK KOSONG... SESI BERSALAMAN DENGAN ANAK-ANAK PENUH DENGAN ESAK TANGIS..."



"Sambutan Aidilfitri kali ini sangat lain. Terasa agak kosong dan ada rasa kekurangan. Sesi bersalaman dengan anak-anak penuh dengan esak tangis dan penuh dengan kerinduan terhadap arwah. Keluarga kami memang sangat terasa dengan ketiadaan arwah tahun ini."

Itulah tutur balu pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim, di mana dia mengakui sambutan Syawal pada tahun ini disifatkan kosong tanpa kehadiran suami.

Kata Hamidah yang membawa anak-anak pulang beraya ke Pasir Gudang, Johor, bermaaf-maafan mereka sekeluarga pagi 1 Syawal lalu itu bertukar menjadi sesi air mata, malah dia juga tidak boleh ke mana-mana, memandangkan berada dalam iddah.

"Saya masih dalam iddah yang dijangka habis pada awal Muharam. Mujur ada ahli keluarga yang lain bergilir-gilir bawa anak-anak beraya," katanya yang masih berada di Pasir Gudang.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, kongsi Hamidah lagi, dia masih menyediakan juadah raya kegemaran arwah suaminya seperti lemang, rendang dan kuah kacang.

"Kebetulan anak bongsu ada selera sama, jadi kami raikan walaupun setiap kali makan mesti teringat kepada arwah. Arwah juga suka tolong masak. Kalau ada tetamu, dia yang sibuk hendak masak.

"Selalunya, arwah masak yang ringkas-ringkas seperti bihun goreng, mi goreng atau pasta," ujar Hamidah yang turut memberitahu, suaminya juga gemar menyantuni tetamu yang datang ke rumah mereka.
"Jika ada tetamu, Along akan melayan mereka dengan sebaiknya serta tidak langsung memegang telefon. Kalau saya penat melayani tetamu pula, malam-malam dia akan picitkan kaki sebab tahu saya penat.

"Saya sentiasa rindu pada arwah, begitu juga seluruh ahli keluarga kerana arwah sangat baik," luahnya yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 18 tahun bersama arwah Along Eyzendy.

Pada Februari lalu, Allahyarham Along Eyzendy yang sebelum ini menghidap peny@kit k£ncing manis dan buah pinggang itubmeninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang akib@t demam dan batuk berpanjangan serta kemudian ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.