29 March 2026

MV 'JODOH LEBARAN' BERJAYA CAPAI 10 JUTA TONTONAN - AISHA RETNO LUAH RASA TERUJA, SAHUT CAB4RAN NETIZEN



"10 million views to Jodoh Lebaran MV! MashaAllah tq tq tq. Wouldn't be where I'm at now without u guys, keep streaminng!

"Number 1 on carta RIM too! Alongside ketipak ketipung ❤ Allah is soo kind, so semua dah dapat jodoh lebaran ke?

"Jodoh Lebaran secara rasminya sudah mencecah 10 juta tontonan dalam masa tiga minggu. Masya-Allah.

Klik untuk gambar besar

"Saya baca cadangan-cadangan kalian, nak buat apa selepas dapat 10 juta tontonan. Ada yang s£rius dan ada yang 'ngek ngek', dua-dua saya hadam dan peka.

"Nantikan okay! Tapi, video 'shoutout' sempena 10 juta tontonan, nak kena buat apa ya?"
Demikian ujar penyanyi yang juga komposer, Aisha Retno yang meluahkan rasa teruja selepas video muzik lagu raya, 'Jodoh Lebaran' nyanyiannya itu mencecah lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Aisha menerusi hantaran di media sosial, memaklumkan, dia membaca setiap cab@ran netizen sekiranya video muzik (MV) lagu itu mencecah angka 10 juta.
Sebelum ini, Aisha turut bertanya dan meminta cadangan daripada netizen mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya sas@ran itu tercapai.

"Kalau malam ini (kelmarin) video muzik 'Jodoh Lebaran' mencapai 10 juta tontonan, kalian nak saya buat apa? Kalau 'backflip' dah biasa sangat," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.